Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Thursday, 16 April 2015

2 in 1 : Usrah di Gym

        Kelas hari ni berjalan seperti biasa, ya. Aku bersiap untuk ke kelas dan kemudian menuruni anak-anak tangga yang hampir 200 anak tangga untuk ke fakulti. Fuhhh, penat juga, namun dalam hatiku bagus jugak lah macam ni hari-hari baru lah otak fresh untuk belajar, kalau tidak. bila tengok lecturer tu ibarat ada lagi cermin di belakangnya..hehe..



Alhamdulillah lepas kelas aku terus menuju ke bilik aktiviti pelajar kerana ada diskusi tentang program-program dakwah dan tarbiyyah usrah puncak alam. Melihat semangat mereka dalam mengatur program untuk membina individu muslim puncak alam menaikkan semangatku juga. Dalam hati kecil, aku berasa sedih kerana kami hanya punyai sedikit sahaja masa lagi, cuma sekitar 4 ke 5 bulan sahaja.Terasa cepat masa berlalu. Namun masih banyak lagi kerja-kerja yang belum settle especially dalam dakwah dan tarbiyyah di puncak alam ni. Allahurabbi..Ampunkan kami Ya Allah sekiranya kami leka dan lalai.. T_T


Ok. lepas tu aku terus naik ke makmal komputer, bagi membuat persediaan untuk usrah petang ni. Ya, petang ni aku sudah janji untuk membuat pertemuan halaqah usrah. Kalau minggu lepas kami ber-iftar sama-sama. Minggu ni kami ingin menguatkan jasmani kami pula.. Mengvariasikan usrah sangat penting untuk menjadikan usrah yang dinamik dan produktif..Insyaallah..aamiinn :-)




Sebenarnya semalam aku bagi tahu pada mereka hendak buat usrah di gym. Ya, G.Y.M.. Tempat orang yang selalu exercise tuk kuruskan badan tu..hehe..atau nak tegapkan badan bagi lelaki..tapi kami, muslimah-muslimah ni nak pergi gym buat usrah. Aduh, dalam kepala aku sebenarnya apa yang aku nak buat ni untuk adik-adik usrah petang ni. macam pelik jugak. Dah la first time aku masuk gym. Dalam hati Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Aku bertawakal pada Allah, dan terus berdoa memohon dari yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Firman Allah S.W.T;

… dan bertaqwalah kepada Allah, dan hanya kepada Allah hendaknya orang-orang beriman bertawakal” (QS. Al Ma’idah: 11)

Aku terus membuka laman web sesawang. Mencari laman web yang dipercayai sumbernya. Kita sebagai umat islam pada zaman yang semakin canggih dengan dunia teknologinya perlu lebih berhati-hati dalam mencari sesuatu terutamanya bila ianya berkaitan soal agama. Carilah sumber yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Rujuk lah pada yang 'alim sekiranya kita was-was.. Allahu'alam..Di saat aku tengah membaca kisah seorang sahabat iaitu Al-Bara' bin Malik Al-Anshori..Tiba-Tiba..!!! tupssss....idea datang mencelah..

Radio Buruk!!

Alhamdulillah syukur pada yang Maha Mendengar. Dalam hatiku, bagus juga kalau implement aktiviti radio buruk ini untuk buat kembara sahabat. Boleh la 2 in 1, Exercise sambil belajar kisah sahabat. Orang yang last akan buat mind-map tentang kisah yang dia dengar dari usrahmatenya. Mind-map nya lebih kurang macam ni: 


Dan kemudian kami akan berkumpul untuk menceritakan kembali kisah sahabat tersebut kerana setiap kumpulan mempunyai kisah dari part yang berbeza. Jadi mereka perlu bercerita pada usrahmate yang lain untuk kesinambungan cerita yang mereka ada. Aku menambah atau membetulkan mana yang terkurang atau tersalah. Radio buruk kan..hehe..Apa?Buat kat gym ke?Ya, kami masih lagi berkumpul buat bulatan gembira di dalam gym tu jugak..hehe..Tidak mengapa, bukan kita buat perkara yang tidak baik. Cuma ianya kurang dilakukan oleh umat islam sekarang. Kan kita kata 24 hours ibadah. Pandangan orang tentang apa yang kita buat jangan lah difikirkan yang penting pandangan Allah itu lebih agung. Setidak-tidaknya kita menunjukkan satu perspektif yang baik terhadap islam itu sendiri.

Alhamdulillah settle sharing pasal variasi dalam membuat liqo' usrah. Semoga bermanfaat. Ok jom kita menghayati dan mengambil ibrah atau pengajaran dari kisah sahabat ini. Kalau masih belum tahu kisahnya boleh lah baca pada post yang sebelum ini. 


  • Bercita-cita tinggi untuk syahid di jalan Allah 


    Al-Barra' sangat merindukan untuk mati syahid di jalan Allah. Dia kecewa kerana pernah gagal memperoleh syahid dalam peperangan sebelum ini. Walaubagaimanapun Al-Barra' tidak pernah berputus asa untuk terus mengejar mati syahid. Oleh itu, dia pun terus aktif menceburkan diri dalam peperangan untuk mencapai cita-citanya yang tertinggi. Allahuakbar. Bila kita pelajari kisah sahabat, mereka sangat lah mencintai untuk mati sebagai syuhada. Kerana janji Allah itu pasti, dan beruntunglah siapa yang syahid di jalanNya. Firman Allah dalam surah At-taubah:111,


إِنَّ ٱللَّهَ ٱشْتَرَىٰ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلْجَنَّةَ ۚ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ وَٱلْقُرْءَانِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ ۚ فَٱسْتَبْشِرُوا۟ بِبَيْعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعْتُم بِهِۦ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

Jika direnung siapa kita jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat dahulu, ibarat langit dengan bumi, ya kan? Namun, pantaskah kita memberi alasan, mereka sahabat, memang lah begitu. Jika ya, maka, ini lah yang akan membatalkan langkah kita untuk mengikuti mereka. Dalam syarahan ustaz Rahmat Abdullah dalam tajuknya Tarbiyah Dzatiyah, kita perlu mempelajari kisah-kisah sirah terdahulu, kisah-kisah sahabat agar kita mempunyai keteguhan hati di jalan Allah. Nah, itu baru lah betul. Tirulah seperti Al-Barrra' ini, kesakitan yang diperoleh dan kejayaannya membuka pintu kubu Taman Maut itu tidak menjadikan hatinya merasa selesa dan juga tidak membuatnya begitu yakin bahawa dia akan memasuki syurga hanya dengan usahanya itu. Maka, dia terus berusaha dan berdoa sehingga lah Allah yang mengurniakan kepadanya syahid di jalan Allah. 



  • Rupa paras bukan lah syarat untuk berjihad di jalan Allah

          Jika kita kaji ciri-ciri Al-Barra' ini, dia tidak mempunyai rupa paras yang menawan malah orang memandang leceh kepadanya dan amat segan bertemu dengannya. Rambutnya kusut, dan berdebu, tubuhnya kurus dan tulang-tulang menonjol. Kulitnya juga cukup hitam. Namun, semua ini tidak menjadi penghalang untuknya berjihad di jalan Allah. Kerana Allah tidak memandang semua itu, kerana semua hambaNya adalah sama, cuma yang berbeza adalah keimanan seseorang itu.


  • Mengasihi saudara kerana Allah Taala


   Al-Barra' sangat mengasihi saudaranya, Anas bin Malik sehinggakan sanggup untuk membantu saudaranya yang hampir diambang maut dalam peperangan. Tangannya terbakar dan melepuh ketika hendak menyelamatkan saudaranya itu, namun dia tidak peduli asalkan saudaranya selamat. Dengan izin Allah, Al-Barra akhirnya syahid di jalan Allah dalam peperangan tersebut. 

Alhamdulillah ini cuma beberapa sahaja ibrah yang kita dapat dari mempelajari kisah sahabat Al-Barra' ini. Banyak lagi yang kita boleh perolehi daripada mempelajari kisah-kisah sahabat, dan moga-moga kisah mereka mampu memberi semangat dan keteguhan iman untuk terus berada dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah ini. Aamiinn..


No comments:

Post a Comment