Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Wednesday, 1 August 2012

MALU TAPI MAHU


“Saya malu la akak,nanti orang cakap apa pula.Dulu saya ni mana la nak jaga batas-batas pergaulan,pakai tudung pun ikut orang pakai saya pakai orang tak pakai saya tak pakai.Nanti kalau saya dah jadi ‘baik’ mesti kawan-kawan saya perli saya..Saya malu la akak tapi saya mahu berubah.”adu Aina Hanani kepadaku.

“AstaghfirullahalAzzim..jangan la Aina berfikir begitu,Aina tahu tak bila Aina niat untuk membuat kebaikan Allah dah bagi pahala dekat Aina tau,dan bila Aina dah laksanakan niat Aina tu Allah akan bagi lagi ganjaran pahala kat Aina.Tentang orang akan kata apa kalau Aina berubah jadi baik,itu Aina janganlah risau ya.Sebenarnya Aina pun tahu kan setiap perkara baik yang hendak kita lakukan mesti ada halangan terutamanya halangan hasutan daripada musuh abadi kita iaitu syaitan laknatullah.Syaitan akan selalu bisik melalui hati kita sehinggakan kita memikirkan perkara yang belum tentu jadi pun kita ambil kisah.Bagi akak kalau orang cakap pasal kita sudah berubah kepada kebaikan akak akan cakap Alhamdulillah Allah dah pilih aku untuk bertaubat dan kembali kepadaNya.Takkah beruntung bila orang bercakap tentang kebaikan kita?”,balasku lembut.
Dalam hati aku berasa kasihan dengan Aina.Aina merupakan pelajar tahun 2 jurusan Chemical Engineering.Fakultinya bersebelahan dengan fakulti aku,iaitu Fakulti Sains Kesihatan,kami mula kenal pada tahun lepas.Waktu itu dia terlanggar aku ketika dia bergegas hendak pergi ke kelas akibat terlambat bangun.


Selepas kejadian itu berlaku, kami selalu bertegur sehinggalah aku bertekad hendak mengajaknya lebih memahami Islam kerana dalam tempoh perkenalan kami aku dapat lihat dari segi cara pemakaian dan pergaulannya menggambarkan dia perlukan seorang untuk membimbingnya.Alhamdulillah setelah aku cuba memberi pendedahan sedikit demi sedikit.Aina sekarang sudah mula hendak berubah.Namun di hatinya masih ada keraguan.Keraguan yang memerlukan seseorang untuk menjelaskannya.Lantas dia mencari aku untuk meluahkan rasa hatinya.



“Hmm tapi kak,kan dulu saya tak baik.memang lah saya nak berubah jadi lebih baik tapi macam mana dengan kesalahan saya yang lepas..Kawan-kawan saya sudah lama mengenali saya macam mana sebelum ni.Malu la saya bila hendak berhadapan dengan mereka. ”adunya lagi.


“Wahai adikku sayang, jangan lah begini..Aina kena lebih berfikiran positif..Aina tau tak Allah akan tolong hambaNya dalam apa jua keadaan..Anggaplah ini suatu ujian daripadaNya.Akak percaya Allah akan hijabkan dosa-dosa Aina yang terdahulu sekiranya Aina sudah bertaubat..Berdoalah meminta kekuatan daripadaNya.InsyaAllah Aina akan mendapat pertolongan daripadaNya.Ok sayang?”tambahku untuk menjelaskan lagi.


Kelihatan dia seperti memikirkan sesuatu tentang apa yang aku perkatakan tadi.Aku menyambung lagi.

“Aina,cuba Aina renungkan.Aina mahu pandangan daripada Allah ataupun manusia?Jikalau kak Humaira’ akak akan pilih pandangan Allah SWT.Tahu tak kenapa?Kerana akak takut jika Allah menganggap perubahan yang kita lakukan ini adalah semata-mata mengharapkan pujian dan pandangan daripada manusia biasa.Apa sangatlah kekaguman manusia yang sementara itu,akibatnya nanti kita yang tanggung sendiri .Kakak harap Aina faham apa yang akak maksudkan.”aku cuba membuat dia berfikir sejenak.


“Apa maksud kak Humaira’ tentang akibat yang kita akan tanggung nanti?”,Tanya Aina tanda kekeliruan.


“Akibatnya sekiranya kita cuma mengharapkan pujian daripada manusia kelak kita akan binasa.Cuba Aina bayangkan jika pujian yang kita harapkan itu tidak dapat?Mesti kita akan hilang semangat kembali untuk membuat perubahan kerana matlamat yang kita mahu tidak tercapai.”aku cuba menerangkan kepadanya.



Sambung aku lagi,”Dan sekiranya kita cuma mengharapkan balasan dan pandangan mulia daripada Allah Azza wa Jala sudah tentu kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan.Hati kita juga akan terasa lebih yakin.Apabila terdetik sahaja tentang apa yang akan diperkatakan orang nanti,mesti hati kita akan berbisik,alah apa lah sangat yang hendak dihairankan,aku buat ni kerana Allah,dan aku yakin kebaikan yang aku buat ini dipandang oleh Allah SWT.InsyaAllah. Manusia cuma boleh mengkritik perlakuan kita sama ada kritikan yang diberikan positif mahupun negatif. Tetapi Allah mengurniakan pahala sekiranya kita menjalankan perintahNya seperti menutup aurat. Tidakkah besar ganjaran yang Allah kurniakan berbanding dengan manusia?Lagipun sekiranya mereka hendak mengata tentang apa yang sudah berlaku pada waktu dahulu Aina biarkan sahaja.InsyaAllah lama kelamaan mereka pasti letih dan akan berhenti daripada berbuat sedemikian.Dalam masa itu Aina doakan lah juga supaya sahabat-sahabat Aina mendapat taufiq hidayah Ilahi.,”



“Subhanallah kak,Terima kasih kerana menolong Aina.Sekarang baru Aina faham.Sebelum ni Aina silap Aina terlalu fikirkan tentang pandangan manusia yang tidak punya apa-apa kuasa,Aina langsung tak fikirkan betapa besarnya ganjaran yang akan Allah kurniakan sekiranya Aina berubah membuat kebaikan.Aina harap Allah tidak tarik balik hidayah yang hendak diberikan kepada Aina ini”.responsnya.
“InsyaAllah Adikku sayang.Akak akan sentiasa doakan yang terbaik buat Aina.Dan sekiranya Aina ada kekeliruan lagi akak amat mengalu-alukan Aina untuk datang jumpa akak,”pesanku.
“InsyaAllah kak,terima kasih sekali lagi ye akak”,katanya sambil tersenyum puas.Dalam hatinya bersyukur kerana dipertemukan seorang kakak yang baik seperti kak Humaira’ ini.Dia berazam untuk berubah dan kali ini dia tidak akan tertipu lagi dengan hasutan syaitan sebab dia berubah kerana Allah bukan kerana manusia.


p/s : kepada muslimat/muslimin yg tak pernah lelah berdakwah; pegang erat sahabatmu yang memerlukan hadirnya teman untuk memimpin tangannya ke syurga...bittaufiq wannajah..^_^

No comments:

Post a Comment