Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Thursday, 15 March 2012

Pemuda Islam yang dirindui wanita solehah akhir zaman

Di sini saya nak share rekaan cerita saya di sore hari..Cerita nie lebih kepada pemuda-pemuda islam yang sangat dirindui oleh para wanita solehah..tapi wanita-wanita sekalian pun boleh baca jugak..insyaAllah ada sharing sedikit, walaupun mungkin tak sependapat dengan orang lain namun ini sekadar cerita rekaan saya berdasarkan pendapat saya sahaja..Mana-mana yang tidak sependapat tu saya mohon maaf ye..:-)
Ok jom, Ceritanya bermula dengan seorang kakak tanya pada adiknya satu soalan cepu mas, hehe..

Sementara tunggu asar, syasya bercadang hendak berbual dengan adik lelakinya, asyraf. Lalu, dia pun pergi mengetuk pintu bilik adikknya itu. Lalu kendengaran suara garau dari dalam " Masuklah, pintu tak berkunci".

"Oh, kak sya. awat kak?." Asyraf bertanya pada kakaknya.
 
"Eh,tak da pa pun, saja kak nak sembang dengan hang. Sementara kak dok cuti ni kan, bila lagi kak nak sembang ngan adik laki kak sorang nie..hehe..awat tak leh ka?" 

"Dok aih, boleh ja kak, pasai pa tak buleh pulak." jawab adiknya.
 
"Hang dok buat apa ni?" Tanya syasya.

"Saja dok online facebook sat kak, sementara tunggu asar, Acap kesian lah tengok sedara-sedara kita kat bumi palestin dan syria, Allah bagi ujian kat depa, kita  ni kat sini banyak yang leka dek kesenangan dunia." Asyraf mengeluh. 

Aku mengangguk setuju. 

"Eh Acap, bila hang masuk kolej?kak lupa dah." aku sambung.

"Minggu depan kak,awat?" balas Asyraf pendek.

"Saja lah tanya, Ni kak nak tanya sikit buleh dak?" Nadaku lembut.

"Tanya lah kak sya, jangan tanya benda-benda yang Asyraf tak buleh jawab sudah..hehe," jawabnya sambil ketawa sinis.

Syasya pun bertanya "hang ada minat kat sapa-sapa dak kat sekolah hang dulu? Kak tanya sebab hang kan dah umur 19..remaja sekarang kan mudah hanyut dengan cinta..kecil-kecil budak sekolah rendah pun dah pandai bercintan cintun.Tak kan hang tak dak minat kat sapa-sapa kut?" Usik Syasya

Asyraf jawab, ."ada!"..dengan nada selambanya sambil tersenyum sinis.

huh~nk melatah jugak bila dengar tu..hehehe tapi Syasya diam dulu sebab adiknya seakan mahu sambung lagi...

"tapi,dia tu perempuan yang baik,dia bukan jenis yang kapel-kapel nie kak",

"Hmm ok, jadinya? balas Syasya pendek seakan tidak puas hati apabila adiknya berkata begitu.  

Memang aku pernah dengar cerita pasal perempuan tu,  yang aku tahu perempuan tu budak kelas dia...Syasya bermonolog sendiri

"hmm tapi Acap tak mau ganggu dia walaupun dalam hati Acap suka kat dia, Acap nak blaja betui-betui dulu..klu ada jodoh insyaAllah ada la tu. Betui dak kak?"





Syasya jawab," betul.betul.betul. Kak setuju dengan hang". Tiba-tiba suara azan berkumandang menunjukkan waktu asar sudah pun masuk. Asyraf mengajak kakaknya solat. " Jom kak, kita solat dulu, solat di awal waktu kan lebih baik. Acap nak pergi masjid ni solat berjemaah. "


"Ok2 jom!" Syasya melangkah keluar dari bilik adiknya sambil mengelamun sendirian. Dalam hatinya , 

"SubhanAllah alhamdulillah Engkau beri kefahaman kepada adikku.Bukan apa,klu kita lihat kan syg pemuda-pemuda pejuang Allah sekarang sangatlah mudah tersungkur jikalau berhadapan dengan cinta..nak tau kenapa??memang lah perempuan yang dia minat tu menjaga agamanya,klu di tegur jangan buat macam tu mesti dia balas, biarlah, dia perempuan baik bukan macam yang lain..kalau aku tak dekati dia nanti jatuh ke tangan orang lain pulak..rugi-rugi..ada plak macam tu kan..memang cinta itu buta lah..sampaikan ilmu yang dia pelajari selama nie pun kalah dengan cinta..ish3..mintak sangat-sangat wahai pemuda-pemuda Islam yang dirahmati Allah..jangan dekatinya tapi dekati walinya..Hormatilah dia sebagai insan yang menjaga maruah agamanya. Halalkan hubungan dengan nikah..cara untuk mendekati hati wanita solehah itu sangatlah tidak kena sekiranya minta berkawan dahulu sehingga rasa duit cukup baru nak kawin..sebab apa??sebab wanita yang kamu minati itu bukan calang-calang wanita, dia wanita solehah yang mnjaga agamanya...InsyaAllah dia sudah berusaha istikharah sebelum membuat keputusan..Andai ditolak yakin lah bahawa Allah telah menyediakan seorang yang terbaik buat kamu. Yang penting kamu kena perbaiki peribadi kamu sebab ciri-ciri peribadi yang kamu impikan ada pada jodoh kamu itu perlu ada pada kamu sendiri dahulu!!!...betul kan..ha masih belum terlambat..gunakan lah ilmu yang ada pada diri sebaik-baiknya..Allahu'alam"

 Tiba-tiba" Kak lang Sya, buat apa tu dalam bilik air lama-lama? Ummi nak masuk pulak ni, Nanti lambat pulak nak solat Asar." terdengar jeritan suara Ummi Syasya dari luar. 

Hehe, berangan pulak aku. "Ya ummi, Syasya dah siap ni, mintak maaf ummi." Balasku dengan nada bersalah.


No comments:

Post a Comment