Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Thursday, 5 January 2012

Salam Perkenalan~

Kelihatan angin meniup sayu memenuhi segenap ruang di dalam bilik..Seakan-akan memahami akan kehangatan yang dirasai oleh penghuni-penghuni blog asrama Rafflesia 4.Tika waktu petang sebeginilah setiap pelajar mengisi masa dengan melakukan aktiviti mereka masing-masing..Ada yang tidur, lena diulik belaian lembut angin yang menerjah masuk melalui jendela bilik, dan ada pula yang menelaah dan mengulangkaji pelajaran dan ada pula yang kelihatan baru pulang daripada kafe.Baru lepas membeli makanan agaknya..dan ana pula mengambil waktu terluang ini seketika untuk menulis blog.Terfikir juga apa ya yang ingin ditulis?hmmm......>_<

Sebenarnya naluri hati teringin hendak memperkenalkan diri pada anda semua dari dulu lagi..tetapi baru sekarang ana mempunyai kesempatan untuk melakukannya..Biasalah kita sebagai hamba yang tidak punya apa-apa, sememangnya hanya mampu merancang namun pengakhirannya adalah ditentukan oleh Allah yang Maha Esa juga..Syukur Alhamdulillah ana dapat juga menulis kali ini..

Assalamualaikum warahmatullah...Nama yang diberi tidak lah sehebat nama-nama yang pernah didengari pada zaman Nabi dahulu seperti Siti 'Aishah,Siti Khadijah,Ummu Habibah,Sumaiyyah,Halimatun Saadiah dan banyak lagi.. tetapi walaupun begitu ana bersyukur sangat  kerana nama itu cukup memberi satu kenangan yang sangat tidak dapat dilupai.Kenakalan rakan-rakan mengusik nama ana masih lagi jelas dalam ingatan ana..Sangatlah kelakar,pada mulanya ana terasa hati juga namun ana tidak pernah memarahi malah ana sukakannya kerana kadang-kadang terhibur juga bila mereka berbuat begitu.Mungkin buat masa ini ana tidak memberitahu nama penuh ana..Cukup lah sekadar dengan panggilan "nur"..Tidak mengapa kan??hehehe n_n...

Ok next, hmm InsyaAllah umur ana pada tahun ini genap 20 tahun..Terasa begitu pantas masa berlalu, kadang-kadang seakan tidak percaya yang sudah pun menjangkau umur 20(hehehe dah tue ghupenyer)..Sudah besarkah ana??hmm Sudah cukupkah amalan ana untuk menghadapi kematian yang tidak tahu akan bila saatnya tiba.?Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Ana dilahirkan pada tanggal 31 MEI 1992 pada pukul 2.00 pagi di rumah datuk ana iaitu di Kampung Teluk Mas,Selama Perak...Terima kasih mak kerana berkorban nyawa untuk melahirkan anakmu ini,ana tau mak sudah banyak berkorban sejak dari kecil sampai la sekarang ni.Jazakillah khoir ya ummi..Ana merupakan anak yang ke-3 daripada 5 orang adik beradik..Ada dua orang kakak dan dua orang adik.Alhamdulillah kakak yang ke-2 sudah pun berkahwin ketika umurnya 18 tahun,muda kan ??itulah yang dinamakan jodoh..heee~=)Dia merupakan salah seorang yang mengikut jejak mak kahwin pada usia muda.(umur 19tahun)..

Tentang pendidikan ana,sekolah rendah ana ada banyak,tidak silap empat buah sekolah..Sek Keb Sungai Siputeh di Selama Perak(Darjah 1), Sek Keb Alma Jaya di Bukit Mertajam(Darjah 1-2),Sek Keb Permatang Pasir,Permatang Pauh,P.P(Darjah 2-4),Sek Keb Bandar Baru Beris Jaya di Sik Kedah(Darjah 5),.ha darjah 6 pula kat mana??hehehe,Ana pada waktu itu sudah pun berpindah kembali pada sek yang dulu,Sek Keb Sungai Siputeh..Banyak kan..??Kenangan dan pengalaman yg ana dapat pun banyak..Ana berpindah-randah sebab ayah ana kontraktor..kena ikut ayah..huhuhu..Kemudian ana menyambung pelajaran peringkat menengah di Sek Men Keb Sungai Bayor di Selama Perak sehingga tingkatan 3 dan menyambung upper form di BAINUN, IPOH..Seterusnya ana melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Selangor selama setahun,dan Alhamdulillah berkat pertolongan Allah ana dapat melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Farmasi sehinggalah sekarang...InsyaAllah....

Ana bukan lah seorang yang bersekolah agama,cuma pernah ambil bahasa Arab Komunikasi masa tingkatan 3 sahaja dan sedikit ilmu tentang Qiraat,Tarannum,Hafazan dll,dan Alhamdulillah dapat score mumtaz..Ana bercita-cita nk sambung Arab Tinggi,namun tidak berkesempatan,takdir Allah menentukan masa tu ana tidak sempat hendak menghantar form SMKA..Tetapi tidak mengapa, ana rasa bersyukur juga kerana dapat sek BAINUN, kat situ ana belajar hidup berdikari..kehidupan asrama mengajar ana bagaimana mahu hidup tanpa ada family di sisi. 

Walaupun ana sekarang sudah sampai ke tahap ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi namun hati ana masih lagi teringin untuk mempelajari ilmu-ilmu agama.Alhamdulillah adik ana sekarang yang nombor 4 sudah pun masuk ke sekolah Pondok di Parit Panjang. Ana berhasrat nak sambung belajar dalam ilmu agama nanti.Ana masih ingat lagi kenangan masa lower form dahulu.Seronok sangat dapat belajar Taranum,Qiraat, Hafazan, Sirah...Hmmmm bestnya..

sebelum akhiri,ana nak bagitau sekarang ana merupakan student Degree in Pharmacy di UiTM Puncak Alam..InsyaAllah sampai tahun 2015 nie..=)ameen..doakan ana semoga selamat menghabiskan peljaran di sini...^___^