Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Disebalik Cinta Allah Dan Rasul

Friday, 16 December 2011

Disebalik Cinta Allah






Ya Allah, 
 
Sesungguhnya cinta kepada-Mu sangatlah menenangkan jiwaku.

 
Tidak ada cinta yg dapat memberikan aku ketenangan di hati selain Cinta-Mu..

 
Segala yang aku telah mengadu, 

 
segala yang aku telah luahkan, 

 
segala yang aku telah minta,


segala yang aku telah rayu pada-Mu ,


semuanya Engkau dengar malah melihatku ketika itu,


Jika nak dibandingkan dgn cinta manusia,


mereka tidak dapat mendengar tatkala aku menangis kerana disakiti,


mereka tidak melihat tatkala aku sedang merindui mereka,


mereka tidak dapat mengurniakan segala apa yang aku pinta,


kadang-kadang mereka tidak dapat meluangkan masa untuk mendengarkan luahan hatiku,


Tetapi Ya Allah,


Bila aku mengadu,meluahkan isi hatiku, meminta dan merayu drp-Mu..


Hatiku terasa sangat tenang,




Jiwaku sangat Sayu,


Aku sedar yg Engkau sedang bersama aku ketika itu,


Subhanallah Mahal-nya Cinta-Mu,


Alhamdulillah sekiranya aku dapat merasai cinta-Mu,


Allahu Akbar,sesungguhnya tiada cinta lain yg sehebat cinta-Mu ya Allah..


Aku menagih cinta Haqiqi-Mu Ya Allah..=)

Thursday, 8 December 2011

isteri cerdik yang solehah~







Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 
Di rumah dia istri di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu 
Dia penunjuk jalan 
Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 
Di rumah dia istri di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu 
Dia penunjuk jalan 
Pandangan kita diperteguhkan 
Menjadikan kita tetap pendirian 
Ilmu yang diberi dapat disimpan 
Kita lupa dia mengingatkan 
Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 
Di rumah dia istri di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu 
Dia penunjuk jalan
Nasihat kita dijadikan pakaian 
Silap kita dia betulkan 
Penghibur diwaktu kesunyian 
Terasa ramai bila bersamanya 
Dia umpama tongkat sibuta 
Bila tiada satu kehilangan 
Dia ibarat simpanan ilmu 
Semoga kekal untuk diwariskan 
Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 
Di rumah dia istri di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu 
Dia penunjuk jalan 
Dia umpama tongkat sibuta 
Bila tiada satu kehilangan 
Dia ibarat simpanan ilmu 
Semoga kekal untuk diwariskan 

(istri cerdik yang sholehah) 

Dia umpama tongkat sibuta 
Bila tiada satu kehilangan 
(istri cerdik yang sholehah) 
Dia ibarat simpanan ilmu 
Semoga kekal untuk diwariskan 
Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 
Di rumah dia istri di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu 
Dia penunjuk jalan 
Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 
Di rumah dia istri di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan



Tuesday, 6 December 2011

ILMU MENJADIKAN KITA TAKUT KEPADA ALLAH...... n_n

ILMU MENJADIKAN KITA TAKUT KEPADA ALLAH...... n_n

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata:
"Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".
Abu Muhammad r.a pernah ditanya:
"Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".
Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan:
"Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".
Al Wasiti r.a berkata:
"Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".


Assalamualaikum w.b.t ,Subhanallah,sesungguhnya Allah Maha Pengasih, kita masih diberi kesempatan untuk menuntut ilmu jika nak dibandingkan dengan rakyat2 di bumi Gaza,Palestin,Somalia dan negara-negara islam yang menjadi mangsa kepada kezaliman manusia sendiri...Ana bersyukur kerana masih dapat meneruskan perjuangan hidup disamping menuntut ilmu yang direhai-Nya dan melaksanakan tujuan hidup yang sebenar(beribadah dan menjadi kalifah di muka bumi)...Apa yang ana nk kongsi disini adalah bahawa ilmu sangat penting, dan daripada ilmu lah seseorang dapat mengenal Maha Pencipta seluruh alam..Kalau kita renungkan kejadian-kejadian yang Allah ciptakan ini sudah tentu kita tidak dapat membayangkan betapa besarnya kuasa Allah yang Maha Esa..Subhanallah..Selalunya pelajar-pelajar hanya dikenalkan dengan tokoh-tokoh yang menemui konsep-konsep,formula-formula,fakta-fakta sains,dll tp mereka tidak diberikan peringatan bahawa siapa yang mencipta semua ini??Sehinggakan pelajar sendiri tidak tahu apa motif sebenarnya mereka menuntut ilmu..Ini menyebabkan mereka jauh untuk mengenali Allah s.w.t apatah lagi untuk mengingati-Nya..Nauzubillahiminzalik..

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah..Semoga kita berada dalam golongan ini..Amin.. InsyaAllah..n_n

proses dalam menuntut ilmu harus dilurusi hanya kerana Allah semata, tidak kira siapa kita, baik yang memberi ilmu dan yang menuntut ilmu..
Ilmu tidak datang dari ciptaan Allah tetapi ilmu datang daripada Allah. Buku dan guru adalah hanya asbab dan ciptaan dan semua ciptaan Allah adalah tidak boleh memberikan ilmu kepada ciptaan Allah yang lain. Tiada sesiapa yang boleh memberi ilmu dan memberikan kefahaman tentang sesuatu perkara melainkan Allah.



Bittaufiq wannajjah..